Selamat Datang

Pages

01 June 2009

Ride JB/Danga Bay-Mei 09


wajah2 ceria bikers lepas sarapan kat R&R Ayer Keroh

semangat setiakawan....saling membantu...

Alhamdulillah.....sedap briyani gamnye...free la katakan....tq Dato'Asri sebab sudi sponsor...

bersama Hj Saadon tuan punya kedai nasi beriani....

Fatboy sedang di soal siasat oleh wakil drpd Red Garage.....glamerrrr....

shopping sakan kt jom heboh/Danga Bay....sori......member lain x dpt di kesan....

master dgn fatboy mkn angin tepi highway.....member lain mkn2 kt pasir gudang x ingat kawan....x pe.....

bersama team Elegant dr Bukit Beruntung....jumpa kt petronas Ayer Keroh...sama2 ride hala KL..ride yg agak memenatkan....memerlukan kesabaran yg tinggi...serta skil pemanduan yg bagus..( jln jem daaaa...)

12 comments:

  1. assalamualaikum.. kembali lagi fatboy dalam blog..
    alhamdulillah semalam 31 mei2009 langbikers terbang lagi kali ini destinasi yang dituju adalah johor bahru.

    destinasi utama yang sebenar adalah tak lain tak bukan warung beryani gam hj saadon di taman dahlia tampio dalam jajahan johor bahru.

    ketibaan kami disambut sendiri oleh tuan hj saadon selaku pemilik warung tersebut. terima kasih kerana dalam kepanasan setia menanti kami di tepi lebuh raya dan seterusnya membawa kami ke warung beliau.

    diwarung beryani dahlia kami disambut oleh pekerja beliau. dan wakil hj saadon telah memberikan sedikit ucapan dan kata2 nasihat yang sungguh memberikan kesan yang amat mendalam kpd bikers2 semua.

    terima kasih sekali lagi diucapkan kpd tuan haji saadon kerana menyajikan bukan sahaja santapan jasmani malah juga santapan rohani yang amat berguna.

    setelah membedal nasi beryani sekenyang-kenyangnya langbikers meneruskan perjalanan , kali ini kami ke masjid negeri sultan abu bakar untuk menunaikan kewajiban.

    destinasi seterusnya adalah karnival jom heboh di danga bay. bikers2 mengambil kesempatan untuk membeli buah tangan terutamanya para pembonceng(ye ker? hehehe)

    bikers yang agak bertuah tak lain tak bukan adalah gua leee hehehe sebab wa dapat peluang ditemuramah oleh krew tv3 dan seterusnya menerima cenderahati dr both choppers garage milik bro eddy.

    dalam cuaca yang sangat baik (panas sgt2 sebenonyer) kami meronda2 di karnival tersebut sampaila tangan kami penuh dgn ole2 yang dibeli dan seterusnya kami melangkah keluar untuk meneruskan perjalanan kami.

    tp apakan daya sungguh malang bagi bro master dan diri gua sendiri apabila kami ditinggalkan tanpa pesan oleh bikers2 lain yang mana mereka telah menuju ke rumah anak saudara kepada bro rafi untuk menikmati hidangan mee kari yang khabarnya sungguh lazat sekali. terpaksa lah kami meneruskan perjalanan tanpa arah tujuan sehinggalah kami sampi ke plaza tol skudai.

    terkebil2 la kami bertiga iaitu mr n mrs master n gua di tepian lebuhraya sambil meneguk air kosong sahaja menanti bikers2 yang
    kepuasan menjamu mee kari tanpa belas kasihan.

    setelah kami kepuasan menjamu air kosong yang sgt sedap kira2 2 jam kemudian barulah bikers2 yang kekenyangan, sampai untuk meneruskan perjalanan pulang .

    perjalanan semalam dikira agak lancar cuma masaalah teknikal membabitkan motosikal bro aan sahaja tetapi segera diatasi dengan pertukaran motosikal diantara bro aan dan bro as. tahniah la bro as yang kelihatan seperti seorang cikgu sekolah apabila menunggang motosikal kepunyaan bro aan hehehe

    perjalanan pulang kami terpaksa menempuh kesesakan yang agak panjang iaitu dari air keroh hingga ke seremban. dengan moto yang berat, ditambah dgn ole2 yang sarat dan juga penumpang yang berat gak(hehehe) kami terpaksa menunggang dengan perlahan2 dan berhati demi keselamatan semua.

    akhirnya kami sampai kerumah masing2 pada pkl 12++ tgh malam setelah persinggahan terakhir kami di restoran tomyam rahimah untuk mengisi perut kami yang kelaparan( kami bertiga je la sbb tak dpt mkn mee kari)
    bro saini yang paling lambat sampai sbb rumah dia kt klang, harap bersabo je la bro saini

    ok lah jumpa lagi di destinasi yang lain pd bln jun nanti insyaallah.

    wasalam..

    ReplyDelete
  2. Hehehehehehe! patut pun krew TV3 temuramah... memang Fatboy ada bakat tersembunyi jadi reporter. Anyway I think you all enjoyed the ride,the food and what is important is that everybody..riders,passengers and the bike itself safely return to base.

    ReplyDelete
  3. kalau parkman ada dah tentu parkman yang kena temuramah oleh tv3....kan fatboy...takde sapa yang lebih spesial selain dr fatboyyyyyyyyy.....ari ni tak minum ke??????

    ReplyDelete
  4. hehehehehe! kena gaya le tuuu!!...yang paling tua,pendek dan licin..kahkahkahkah takut diaorang tak dapat rakam je sebab pantulan sinar
    Sejak pekerja balik cuti ni agak sibuk sebab kena buat sendiri angkat turun baja, mengurus ladang,petik sayur dan melayan pelanggan. InsyaAllah....

    ReplyDelete
  5. salam... yak ... parkman gi mana khabarnya? masa ke bagan lalang ngak ngajakin saya ? bagus ya makanan italy nya? di mana sih lokasinya? tapi ngak apa apa kok, saya juga lagi busy gitu... ngurusin isteri ketemu sama dokter di rumah sakit di bangi.
    bapak coro bila mau ke kuala lumpur, yok kita makan malam di victoria station, kata nya ibu coro kepingin sekali mau makan lobster. bila mau ke sana? saya juga mau bawa anak2 kesana
    semntara lagi cuti sekolah

    ReplyDelete
  6. Tahniah Lang Bikers.
    Korang memang hebat... bukan shj motor
    malah ahli2 juga semua gempak2 belaka.

    InsyaAllah kalau aku pakai SBK aku cari
    korang utk join aktiviti. :)

    ReplyDelete
  7. tq..wira duniamoto.

    ReplyDelete
  8. salam to all bikers...

    parkman ... bagi la saya kerja ngan u... saya pun tgh boring nih...blh la angkat baja ke, petik sayur ke , tangkap cacing pun blh gak hehehe

    coro, wah ko semenjak ada boss baru ni tak nampak bayang langsung haaa, hari tu buakn main waktu kerja siap tgk wayang lagi.. sekarang nak minum pun tak sempat ek

    yaa bro wira duniamoto, tq lah kerana sudi menjengok blog kami ni..
    sebenarnya usia langbikers baru setahun jagung kalau dibandingkan dgn club2 yang lain , tp alhamdulillah dgn kesepakatan dan kerjasama dari setiap ahli langbikers maka wujudlah langbikers yang korang saksikan ini.
    kehadiran anda untuk join apajua aktiviti yang kami adakan atau bakal kami adakan adalah di alu-alukan. so cepat2 la sambar SBK tu k.:)

    ReplyDelete
  9. Memanda Dato menteri Fatboy dan Laksmana Dato Coro....heyheyhey! kalo mau keVictoria Station jangan lupa donk dikhabarin!!..eeemmmmm! lobster,baked scallop with cheese,raw oyster,sizzling tenderloin,macedonia salad top with thousand island,breaded chicken and....gulp!...red wine(hehehe sparkling red grape daaa!).....yummy..yummy..yummy..bila?
    Untuk Wira DuniaMoto:Terima kasih diatas sokongan dan minat...you are most welcome and we are looking forward to have you as members,apa apa pun sillaturrami dulu pak! ngobrol ngobrol,medang,ngombeh....uptown Banting.

    ReplyDelete
  10. salam bikers....

    wah...rancak blog lang biker....meriah....tapi jgnlah sampai ada yg terasa....gua.... ok ok je...
    .....bro AS transform imej jadi ustaz....ustaz AS....apa jadi dgn "cikgu" aan... mr.aan dapat culture shock....betul punya kejutan.....bertukar jadi crook....baru betul "ghost rider"....
    apa pun....harga sebuah pengalaman.......ride "ghost machine" (mesin berhantu)....dapat merasa derumannya hingga cecah satu enam....(hehehe rekod peribadi)....sambil menempuh jalan jem dan hujan yg renyai.....ini barulah betul bikers....kiranya....mr.aan dah lulus lesen besar la tu......ada betul ka fat boy?

    ReplyDelete
  11. salam bikers...

    boleh2 pakman nk join blh punya .. nanti la bla ada kelapangan k..

    bro aan..

    harap maklum bahawa segala tulisan ,ucapan, ungkapan, peribahasa, pantun, seloka, perumpamaan dan sebagainya yang gua lontarkan dalam blog ini adalah tiada kena mengena dengan yang hidup lagi2 yang dah arwah... tiada niat walau sebesar anak kuman sekalipun untuk menyindir, memerli, mengutuk dan lain2 me lg. so harap sapa2 yang terasa tu wa mintak ampun dan maaf dari hujung tayar depan sampi ke hujung tayar belakang hehehe

    gua respect la kt lu bro aan, dri bikers sopan santun blh jd crook...

    kiranya lu dah lulus lesen besar dah dalam ujian menunggang jentera berhantu dalam kelajuan tahap cipan hehhehe

    ReplyDelete
  12. Salam takziah buat C-Tik " Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada NYA dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah tulislah ia disisi Mu dalam golongan orang orang yang baik baik,dan jadikan buku catatannya dalam illiyyiin dan berilah ganti keluarganya dalam golongan orang orang yang telah lalu dan janganlah Engkau menghalangi pahalanya pada kami,dan janganlah Engkau menjadikan fitnah kepada kami sesudahnya" (Hadith Riwayat Ibnus Sunni)
    "A'dhamallaahu ajrak, wa ahsana'azaak, wa ghafara ilmayyitik" semoga Allah membesarkan pahalamu,dan membaikkan terhiburmu dan mengampun yang mati dari kamu (Al-Adzkar 136)
    "Inna lillaahi ta'aala maa akhadza, walahuu maa a'thaa, wa kullu aya-in'indahuu bi ajalin musammaa" Sesungguhnya bagi Allah apa yang telah diambilNYA dan bagi NYA apa yang telah diberikan, dan tiap tiap sesuatu dihadliratNYA mempunyai ajal yang telah ditentukan (Hadith Riwayat Bukhari-Muslim)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...